Assalammualaikum sume hamba Allah...blog ini moge dapat menghiburkan anda dengan kisah2 sepanjang hidup saya dan juga tazkirah2 yg menarik menanti anda!...semoga ia memberi manfaat kepada antum2 dan antunna2 sume..ya Allah berikanlah ketakwaan kepadaku dan sucikanlah ia kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucikan...smile always!!

Wednesday, November 3, 2010

BAGAIMANAKAH RUPA MUKA RASULLULLAH SELAIN DIHIASI DGN CIRI-CIRI KEHEBATAN DAN KECANTIKAN

Diriwayatkn bahawa bentuk muka Nabi saw mendekati bulat drp bujur,iaitu berbentuk bujur sirih dan merupakan bentuk muka yg pliling cantik serta amat indah rupanya.Tidak ada tolok bandingannya lagi.Wajah Baginda saw putih bersih bercahaya berseri-seri bak bulan purnama 14 hari bulan.Licin tiada bintik –bintik dan gerutu-gerutu spt jerawat .Wajah yg melambangkn seorg insan suci yg mempunyai jiwa yg sgt bersih .Tidak puas mata memandangnya.

Bentuk kepala Baginda saw pula ckup menarik .Belum pernah ada bentuk kepala manusia yg begitu seimbang dgn saiz bentuk muka.Kepala yg besar tetapi amat seimbang .Ini memberi firasat bahawa bentuk kepala spt itu adalah merupakan bentuk kepala seorg ahli fikir yg hebat dan agong serta melambangkn seorang yg kuat dan cerdas fikiran.Ternyata ini semua benar,sebab Rasulullah saw adalah seorg insan yg mempunyai kekuatan daya fikiran yg tiada tolok bandingan dari aspek kepintaran ,kecerdasan , kecerdikan ,daya ingatan dan kefahaman.

Rambut Rasulullah saw tidak lurus mcm rambut Nabi Isa as dan tidak pula kerinting seperti rambut org Habsyi.Tetapi ikal berombak indah dgn warnanya yg sgt hitam ,berkilat dn sgt lebat.Ini adalah satu keelokan yg cukup menawan.Org sering berkata,secantik-cantik rambut ialah yg ikal mayang,lebat dan hitam.Kalau begitu tidak ada lgi jenis rambut yg lebih indah drp bentuk rambut Rasulullah saw yg ikal ,hitam dan lebat??

Panjangnya sampai mencecah kedua-dua bahunya.Tetapi dibahagian sisi atau telinganya hanya mencapai kuping telinga sahaja.

Nabi saw tidak boleh memotong rambut baginda kecuali setelah diizinkn Allah swt.Utk memotong rmbut Baginda saw yg panjang ,Baginda perlu meminta keizinan terlebih dahulu.Bila Tuhan izinkan baru boleh dipotong.

Nabi saw sering benar meminyakkn rambut Baginda saw agar lebih bersinar dan menyisirnya.Tetapi didlm bab menyisar,Nabi saw tidak menyisirnya selalu Cuma skali skala shj.Nabi saw menyikat rambutnya dari depan kebelakang .ttp kemudiannya Rasulullah saw mengubah style nya dgn membelah ditengah-tengahnya.

Antara rambut dikepalanya dan janggut tidak ditumbuhi sebarang rambut.Ertinya Rasulullah saw tidak memiliki jambang.Dahi baginda saw pula luas dan lebar.dgn itu membuktikan Baginda saw seorg yg sgt pintar dlm berpidato dan pintar dlm perkara-perkara lain.ternyata ini terdapat pada diri Nabi saw.

Kening Baginda saw pula melengkung spt bulan sabit 3haribulan .Amat cantik dan hampir bersambung ditengah-tengahnya .Kelihatan cahaya spt memancar dicelah-celah bulu matanya yg lebat dan lentik itu .

Bulu mata Baginda saw tebal dan lentik .Sungguh menawan bila dipandang .Telinga Baginda saw ckup cantik .Tidak terlalu lebar dan tidak terlalu kecil .Pendek kata semua anggota muka Baginda saw amat sempurna keindahannya.

Bentuk mata Nabi saw adalah besar dan agak panjang.Mata hitamnya besar dan sgt hitam ,manakala mata putihnya pula tersgt putih serta ada urat-urat merah di atas mata putihnya itu.Ini satu alamat manusia yg mmpunyai mata berurat merah adalah seorg yg sgt tabah dan berani .

Hidung Baginda saw mancung indah dgn lubang hidung yg kecil.Bentuk hidung Baginda saw sederhana tidak terlalu besar ,serta ada semacam cahaya di tengah-tengah batang hidung yg mancung itu.Kerana cahaya itu kdg2 org yg baru bersua dgn Rasulullah saw dan bercakap2 dgn Baginda saw dari hadapan akan menyangka hidung baginda itu bongkok.

Mulut Baginda saw luas dan lebar.Maksud mulut Nabi saw luas dan lebar ialah bentuk mulut Baginda saw yg sepadan dgn bentuk wajah Baginda saw yg bujur sirih itu.

Baginda saw mpunyai bibir mulut yg nipis dan cantik menarik .Bagaikan ulas limau .Apabila Baginda saw tersenyum ,semakin cantik wajah Baginda saw yg kemas itu.

Pipi Baginda lurus sahaja,tidak membonjol dan tidak pula cekung ke dalam .

No comments:

Post a Comment