Assalammualaikum sume hamba Allah...blog ini moge dapat menghiburkan anda dengan kisah2 sepanjang hidup saya dan juga tazkirah2 yg menarik menanti anda!...semoga ia memberi manfaat kepada antum2 dan antunna2 sume..ya Allah berikanlah ketakwaan kepadaku dan sucikanlah ia kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucikan...smile always!!

Wednesday, November 3, 2010

BAGAIMANAKAH RUPA MUKA RASULLULLAH SELAIN DIHIASI DGN CIRI-CIRI KEHEBATAN DAN KECANTIKAN

Diriwayatkn bahawa bentuk muka Nabi saw mendekati bulat drp bujur,iaitu berbentuk bujur sirih dan merupakan bentuk muka yg pliling cantik serta amat indah rupanya.Tidak ada tolok bandingannya lagi.Wajah Baginda saw putih bersih bercahaya berseri-seri bak bulan purnama 14 hari bulan.Licin tiada bintik –bintik dan gerutu-gerutu spt jerawat .Wajah yg melambangkn seorg insan suci yg mempunyai jiwa yg sgt bersih .Tidak puas mata memandangnya.

Bentuk kepala Baginda saw pula ckup menarik .Belum pernah ada bentuk kepala manusia yg begitu seimbang dgn saiz bentuk muka.Kepala yg besar tetapi amat seimbang .Ini memberi firasat bahawa bentuk kepala spt itu adalah merupakan bentuk kepala seorg ahli fikir yg hebat dan agong serta melambangkn seorang yg kuat dan cerdas fikiran.Ternyata ini semua benar,sebab Rasulullah saw adalah seorg insan yg mempunyai kekuatan daya fikiran yg tiada tolok bandingan dari aspek kepintaran ,kecerdasan , kecerdikan ,daya ingatan dan kefahaman.

Rambut Rasulullah saw tidak lurus mcm rambut Nabi Isa as dan tidak pula kerinting seperti rambut org Habsyi.Tetapi ikal berombak indah dgn warnanya yg sgt hitam ,berkilat dn sgt lebat.Ini adalah satu keelokan yg cukup menawan.Org sering berkata,secantik-cantik rambut ialah yg ikal mayang,lebat dan hitam.Kalau begitu tidak ada lgi jenis rambut yg lebih indah drp bentuk rambut Rasulullah saw yg ikal ,hitam dan lebat??

Panjangnya sampai mencecah kedua-dua bahunya.Tetapi dibahagian sisi atau telinganya hanya mencapai kuping telinga sahaja.

Nabi saw tidak boleh memotong rambut baginda kecuali setelah diizinkn Allah swt.Utk memotong rmbut Baginda saw yg panjang ,Baginda perlu meminta keizinan terlebih dahulu.Bila Tuhan izinkan baru boleh dipotong.

Nabi saw sering benar meminyakkn rambut Baginda saw agar lebih bersinar dan menyisirnya.Tetapi didlm bab menyisar,Nabi saw tidak menyisirnya selalu Cuma skali skala shj.Nabi saw menyikat rambutnya dari depan kebelakang .ttp kemudiannya Rasulullah saw mengubah style nya dgn membelah ditengah-tengahnya.

Antara rambut dikepalanya dan janggut tidak ditumbuhi sebarang rambut.Ertinya Rasulullah saw tidak memiliki jambang.Dahi baginda saw pula luas dan lebar.dgn itu membuktikan Baginda saw seorg yg sgt pintar dlm berpidato dan pintar dlm perkara-perkara lain.ternyata ini terdapat pada diri Nabi saw.

Kening Baginda saw pula melengkung spt bulan sabit 3haribulan .Amat cantik dan hampir bersambung ditengah-tengahnya .Kelihatan cahaya spt memancar dicelah-celah bulu matanya yg lebat dan lentik itu .

Bulu mata Baginda saw tebal dan lentik .Sungguh menawan bila dipandang .Telinga Baginda saw ckup cantik .Tidak terlalu lebar dan tidak terlalu kecil .Pendek kata semua anggota muka Baginda saw amat sempurna keindahannya.

Bentuk mata Nabi saw adalah besar dan agak panjang.Mata hitamnya besar dan sgt hitam ,manakala mata putihnya pula tersgt putih serta ada urat-urat merah di atas mata putihnya itu.Ini satu alamat manusia yg mmpunyai mata berurat merah adalah seorg yg sgt tabah dan berani .

Hidung Baginda saw mancung indah dgn lubang hidung yg kecil.Bentuk hidung Baginda saw sederhana tidak terlalu besar ,serta ada semacam cahaya di tengah-tengah batang hidung yg mancung itu.Kerana cahaya itu kdg2 org yg baru bersua dgn Rasulullah saw dan bercakap2 dgn Baginda saw dari hadapan akan menyangka hidung baginda itu bongkok.

Mulut Baginda saw luas dan lebar.Maksud mulut Nabi saw luas dan lebar ialah bentuk mulut Baginda saw yg sepadan dgn bentuk wajah Baginda saw yg bujur sirih itu.

Baginda saw mpunyai bibir mulut yg nipis dan cantik menarik .Bagaikan ulas limau .Apabila Baginda saw tersenyum ,semakin cantik wajah Baginda saw yg kemas itu.

Pipi Baginda lurus sahaja,tidak membonjol dan tidak pula cekung ke dalam .

rahsia kokokkan ayam...

Berkata Aisyah r.a bahawa ada ketikanya Nabi saw bangun solat malam apabila terdengar bunyi kokok ayam.Sebagaimana yg dihuraikan dalam kitab “Kifayatul Akhyar”,bahawa ayam berkokok apabila ia terlihat para maaikat sebagai pegawai Tuhan,sedang menjalankkan tugas untuk memeriksa kalangan manusia sama ada bersolat malam atau sebaliknya.

Menurut kitab tersebut bahawa ayam berkokok menandakan bahawa Nabi saw bangun solat malam ketika seperenam malam.Itulah persoalan yg dikemukakan oleh imam Al-Ghazali r.a bagi memudahkan seseorang bangun untuk solat malam ,InsyaAlllah ia akan mendatangkan kesan baik terhadap yg prihatin tentang solat malam.
Kini memperkatakan pula tentang makan minum serta adapnya,yg ada kaitan juga dengan qiyamullail serta jemputan jamuan dan adab tentang tetamu yg berkunjung.

Sesungguhnya Allah swt Maha Bijaksana menjaga makhluk dan mengatur alam ini .Lebih dahulu dicipta langit dan bumi ,kemudian diturunkan air hujan dari langit (awan mega).Allah swt menolong makhluk-Nya menikmati air yg jadi keperluan ,diturunkan air hujan dari awan tebal dalam bentuk renjisan.

Bayangkan jika air hujan turun seperti air tasik ditakung jatuh menghempap manusia dan tanaman,hempapan air dalam kuantiti yg besar itu pasti membinasakan apa saja yg ditimpa.Allah swt Yang Maha Bijaksana telah ciptakan kawalan terhadap hujan ,sebagaimana Firman-Nya yg bermaksud:”Dan Kami turunkan dari awan(al-Mus’hirot’) air yg banyak mencurah.”(surah An-Naba ayat 14)

Sistem ‘Mu’shirot’ ini bagaikan air hujan diperah dari awan mendung lalu gugur secara merenjis ,beri manfaat secara aman kpd manusia serta tumbuhan dan makhluk lain.

Amat besar faedahnya air hujan yg turun dari langit sebagaimana Firman-Nya yg bermaksud:”Supaya Kami tumbuhkan dengan dengan air itu biji-bijian dan tumbuh tumbuhan ,dan kebun kebun yg lebat.”(Surah An-Naba ayat 15-16)

Pelbagai jenis tumbuhan disuburkan dgn air yg Tuhan turunkan secara renjisan,dan Dia takdirkan rezeki utk hamba-Nya mengikut kadar sukatan yg Allah SWT telah takdirkan.Jika system pengagihan rezeki di dunia ini tidak dimonopoli oleh golongan tamak,nescaya tidak berlaku tragedi kebuluran dalam masyarakat insan.

Terlebih dahulu diberi jaminan rezki dan keselamatan ,sebelum Allah SWT ciptakan makhluk-Nya.Tuhan kawal selia kesihatan dan tenaga manusia serta haiwan melalui zat khasiat rezki yg dimakan.Soal kenyang bukannya matlamat utama ,sebaliknya supaya tubuh insan mendapat segala hasiat dan zat drp makanan yg diperlukan.

Melalui segala zat itu dpt membina kekuatan tubuh dan kesehatan ,Allah SWT menolong manusia supaya melakukan perkara taat dan amalan salih,melalui tenaga yg terhasil drp zat makanan yg toyyibat(halal).

Dihasilkan tenaga dengan tujuan utk bertemu Allah SWT pda hari pembalasan kelak .Tiada cara untuk sampai kepada –Nya kecuali dgn ilmu dan amal solih.Tidak upaya menguasai ilmu dan amal salih kecuali sihat dan bertenaga tubuh badan.Tidak akan selamat kecuali dgn mengambil makanan dan minuman sekadar hajat.

Atas alasan tersebut berkata sebahagian ulama,soal makan itu adalah urusan agama sebagaimana Firman-Nya yg bermaksud:”Hai rasul-rasul ,makanlah drp makanan yg baik-baik ,dan kerjakanlah amal yang salih .Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yg kamu kerjakan.”(Surah Al-Mukminun ayat 51)

Allah SWT menyuruh para rasul supaya makan makanan yg toyyibat(halal dan berkhasiat),kerana tenaga yang terhasil drp zat makanan akan digunakan untuk menyampaikan ajaran takwa dan amal salih kpd Allah SWT.

Ayat perintah beramal salih berangkai dgn ayat arahan makan benda baik (toyyibat),menunjukkan makan itu berkait langsung dgn agama.
Supaya makan jadi sebahagian urusan agama ,maka di dlmnya ada perkara fardu dan sunat serta adab-adab dan fadhilat.

Sebelum makan sesuatu hidangan lebi dahulu hendaklah mengetahui ,bukan saja dari segi halalnya bahkan bentuk mata pencariannya.
Meskipun makanan itu halal jika cara mencarinya mengunakan wang yg tidak halal(wang curi tau rasuah dan sebagainya) maka natijahnya haram juga.

Jester u itu cara mendapatkan rezeki itu hendaklah sejajar dgn yg dikehendaki oleh syarak dan sunnah Nabi saw serta selaras dgn perhitungan warak.

Warak itu perkara di atas dari masalah fiqh hanya membahas halal dan haram.Sedangkan warak pula adalah termasuk dalam persoalan tasawuf yg menghalusi perbicaraan hati sanubari.

Jesteru itu hanya agama yg boleh kawal hati manusia melalui peraturan yg dinamakan warak.

Pengertian warak ialah harta yg diusahakan dgn cara yg tidak makruh dan turut hawa nafsu ,serta tidak meremehkan dan memperkecilkan tuntutan agama.

Perkara seperti ini jgn wujud dlm urusan rumah tangga ,iaitu cara yg makruh spt jua beli tidak dengan berakad.

Ada pendapat jual beli cara demikian tidak sah ,ada pendapat menghukumkan makruh.Meskipun cara seddemikian dikira betul dari segi fiqh ,namun situasi makruh jgn berlaku dlm urusan rumah tangga.
Kerana cara deikian bererti memasukkan rezeki ke ldm rumah tidak melalui pintu warak.

Friday, January 15, 2010

UNIC-SAHABAT SEJATI

sume nyanyi same2...and hayati lagu ini....terutama bdak sklh abim thn 6 thn (2009).......terimala....


Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi