Assalammualaikum sume hamba Allah...blog ini moge dapat menghiburkan anda dengan kisah2 sepanjang hidup saya dan juga tazkirah2 yg menarik menanti anda!...semoga ia memberi manfaat kepada antum2 dan antunna2 sume..ya Allah berikanlah ketakwaan kepadaku dan sucikanlah ia kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucikan...smile always!!

Saturday, February 26, 2011

4 GOLONGAN YG AKN DITARIK WANITA DI AKHIRAT KELAK

4 Golongan Lelaki

Pertama:- Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri...... walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang- abangnya..... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempua! ! nnya dibiar melencong dari ajaran ISLAM .... tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat... maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka

No comments:

Post a Comment